Wednesday, 16 May 2012

Contoh-contoh landskap yang terdapat di sekitar kita....

FUNGSI TANAMAN LANDSKAP
1. Tanaman menjadi elemen utama dalam landskap

2. Tanaman ditanam untuk pelbagai fungsi yang banyak bergantung pada keadaan dan lokasi landskap dibina

3. Antara tanaman landskap seperti pokok ru berfungsi untuk memberi perlindungan dan teduhan seperti hujan,
angin, matahari dan silauan cahaya

4. Tanaman juga boleh membentuk ruang atau sempadan antara satu kawasan dengan kawasan lain

5. Tanaman landskap juga digunakan untuk menjadi penghalang pandangan yang tidak menarik seperti
longkang

6. Tanaman juga boleh digunakan untuk mengarah pergerakan atau dijadikan sebagai petunjuk arah

7. Rupa, saiz bau dan warna tumbuhan yang berbeza mampu mengurangkan kebosanan

8. Tumbuhan landskap juga boleh melembutkan pandangan kesan binaan konkrit



Contoh soalan landskap

sila right klik sini 
soalan berkaitan landskap

Tuesday, 15 May 2012

Landskap KHB pilihan 3



PENGENALAN KEPADA LANDSKAP

  • Landskap yang baik dapat melahirkan suasana yang menarik dan pemandangan yang indah
  • Keindahan landskap dapat memberi ketenangan dengan merehatkan fikiran dan seumpamanya 
  • Landskap boleh dilihat sebagai usaha untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya
  • Landskap boleh dibina di mana-mana kawasan sama ada di luar atau di dalam rumah
  • Landskap juga boleh dibina di dalam bekas atau di tapak terbuka



KEPENTINGAN LANDSKAP TERHADAP KEHIDUPAN



  • Landskap memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi :

  1. Ekonomi - melalui aktiviti     perlancongan
  2. Alam sekitar - mengawal suhu dan pencemaran udara
  3. Nilai estetik - daya penarik suatu kawasan


JENIS TANAMAN LANDSKAP :



  • Pokok renek – jenis berbunga, berdaun warna dan berpagaran
  • Pokok bunga semusim – Berbuga sekali sahaja seperti keembung, marigold
  • Pokok naungan – Memberi teduhan pada kawasan tertentu - contonnya pokok ru dan sena
  • Pokok menjalar dan memanjat – menjalar di dinding, kayu atau pokok lain seperti pokok duit-duit


dedaunan bunga semusim










PRINSIP TANAMAN LANDSKAP :

a) Keringkasan
i) Gubahan perlu ringkas, teratur dan mudah dijalani
ii) Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan

b) Penumpuan
i) Penumpuan penting sebagai daya penarik landskap
ii) Ia perlu unik dan paling menarik
iii) Kewujudannya dapat dilakukan dengan gabungan warna tumbuhan yang menarik, bentuk yang unik, tekstur yang kasar atau garisan bertemu di satu tempat

c) Keanekaan
i) Menggunakan pelbagai elemen bagi    mengelak rasa bosan dan mewujudkan kepelbagaian dan reka bentuk landskap

d) Kesimbangan
i) Keseimbangan dapat mewujudkan keadaan atau perasaan yang stabil
ii) Tumbuhan yang ditanam perlu seimbang dari segi warna, bentuk dan saiz taman mini

e) Turutan
i) Perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingkat-peringkat dilakukan bagi menentukan arah pandangan atau pergerakan

f) Skala
i) Elemen yang dipilih mestilah sepadan dengan keadaan sekeliling dan menyeimbangkan


Sunday, 13 May 2012