Tuesday, 5 June 2012

GAMBAR RAJAH BUIH DAN PELAN INDUK


1. Pembinaan taman mini selalunya dimulai dengan membina rajah buih
2. Rajah buih merupakan satu lakaran tangan yang berbentuk bulatan atau bujur telur
3. Bulatan mewakili tanaman, objek dan binaan
4. Rajah buih dilakar berskala bebas atau anggaran sahaja
5. Pelan induk merupakan gubahan terperinci mengenai idea-idea yang dicadangkan untuk pelaksanaan

6. Perkara-perkara yang ditunjukkan dalam pelan induk termasuk
a) Jenis tanaman yang digunakan
b) Susun atur tanaman
c) Kedudukan elemen focus seperti kolam
7. Petunjuk yang jelas bagi symbol perlu diberikan
8. Skala yang digunakan juga perlu dinyatakan.